Kemenangan PAS dengan majoriti 10092 undi melebihi calon-calon lain membuktikan bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan PAS di Kelantan masih padu.

"Keputusan tidak rasmi yang kita terima tadi sebanyak 10092 undi majoriti membuktikan sokongan rakyat kepada legasi kepimpinan Tok Guru masih padu," ujar Dato' Takiyuddin Hasan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan ketika mengulas keputusan Pilihanraya Kecil N06 Dun Chempaka.

YB Ustaz Ahmad Fathan, 42, mewakili Parti Islam Se-Malaysia memenangi Pilihanraya Kecil N06 Chempaka sekaligus meninggalkan 4 calon bebas lain.