PENGKALAN CHEPA, 22 Mac - YBhg. Datuk Seri Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya, Che Mohd Hashim Abdullah, melawat beberapa tempat mengundi bagi melihat suasana mengundi di Dun Chempaka. Terdapat 42 tempat saluran mengundi membabitkan 18 buah sekolah.

Seramai 21,364 orang pengundi bagi N06 Chempaka yang berdaftar. Menteri Besar Kelantan Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad Yaakob mengiringi Calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42 di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa seawal jam 8.15 pagi.

Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, Yang Berhormat Siti Zailah Mohd Yusoff turut mengiringi rombongan calon Pas.Turut bersama beliau ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Malaysia, Saudari Aiman Athirah Al-Jundi.

Pusat mengundi telah dibuka seawal jam 8.00 pagi kepada pengundi berdaftar di pusat pengundian.

Sumber Suruhanjaya Pilihan raya mencatatkan peratus keluar mengundi bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari seramai 7915 orang pengundi atau sebanyak 38.82 peratus.